Wednesday, September 26, 2012

Bila kucing putih mula berkisah-

Aku terdampar dibenua asing..bersama semangat dan harapan yang masih tersisa..

lakaran hidupku ibarat kertas comot..tergumpal dalam genggaman..

ku mencari cahaya.. dalam terang mentari...
ku mencari malam... sebenarnya  aku melihat bulan..
ku mencari irama...dalam sebuah lagu...
lagu sendu..lagu sepi..dan lagu jiwa yang rawang...
dan Aku masih tercari-cari sebuah makna kehidupan yang lebih baik..

Aku mengharap...ada yang mendengar keluh resahku..
mengharap...ada yang memahamiku..
mengharap...ada yang menemani masa sepiku..
mengharap...ada yang menghibur ruang jemuku..
mengharap...ada yang mengasihiku...

Namun...kehadiran yang mengisi harapan...hanya mengulangi sejarah...
Aku yang tersalah arah atau keadaan memaksa?
bukanku menyalahkan takdir namun berkali-kali nasib tidak menyebelahiku...
Pertama kali mengenalimu..memberiku secuit sinar..tempias bahagia menerpa..
kau menawan hatiku dengan sikapmu yang bersahaja..memikat jiwaku dengan
layanan manjamu..memukau kasihku dengan kesenangan hidupmu.. Aku mula menyemai sayang.....
istana menanti sudah kuimpikan..dan yang pasti...hatiku dapat kau tawan!

Dulu.....makanku kau suapkan...belanjaku tanpa dengus yang panjang...tutur katamu lembut dan sopan...
Namun memang benar..semua orang pasti  berubah!

Masa bukan ukuran untuk sebuah ikatan...sinar bahagia sudah memudar.. aku mula berteka-teki....
Salahkah aku untuk bertanya? hanya untuk sebuah kepastian?
Salahkah aku untuk meminta? hanya untuk bermanja?
Salahkah aku untuk berkata-kata? hanya untuk mengusik?

"Kalau kamu mau pulang...pulang sendiri!" Katamu dengan kasar...lewat malam kau suruhku balik sendiri..sungguh tega dirimu!sungguh kau tidak bertimbang rasa... 

Aku yang periang ini..bukan kehendakku mengatur segala kehidupanmu...aku hanya ingin menjadi teman bicaramu..bukan hanya sekadar peneman sepimu..Aku ingin disayangimu seperti  satu-satunya keluarga terdekatmu..dimanjamu seperti aku jua memanjakanmu...bukan bila aku mendekat..kau mengumpamakan aku seperti kucing...yang merimaskanmu...membosankan hidupmu...
Mengapa kau gagal untuk memahami maksudku? tidak peka atau tidak peduli lagi? atau sememangnya akuterlalu banyak mengharap padamu...

Kata teman padaku......

"Kau terlalu banyak bergantungan...cinta100 persen..."

Kau bertuah mendapatku...atau aku yang malang mengenalimu?

Kata teman lagi padaku.....

"Kau hiduplah sendiri..buat apa ditunggu lagi..."

Aku masih lagi mengharapmu...mungkin bukan lagi untuk kasih sayang...hanya menumpang teduh dalam kembara yang masih panjang...


******
Sejenak....ketentuan ilahi hanya DIA saja yang tahu...selagi kita percaya DIA ada...kita tidak
memerlukan sesiapa untuk kelangsungan hidup kita...Yang penting adalah jiwa yang tenang..Hidup kita
sangat singkat...kita tidak tahu ajal kita...mungkin esok? Sekiranya hari ini masih bersedih...masih berteka
teki...masih tertanya-tanya...masih mencari-cari...tiba-tiba esok mati! MAKANYA.....hidup hari ini
mesti ada arah...

nak tau arah...tanya abang pagi...:)

TATA

episode : "AP1"













Thursday, August 27, 2009

Marahlah padaku..

marahlah aku sepuas hatimu...
kerana marahmu itu hanyalah sekadar...
melepaskan sesalmu sendiri..

dan marahlah aku lagi..
selagi kau mampu..
kerana marahmu itu ibarat...
api membakar dirimu sendiri..

bila marahmu masih membara..
jangan kau rapat denganku..
tiada lagi sayang..
tiada lagi kasih..
kerana marahmu hanya sekadar...
untuk menutup kesilapanmu sendiri..

dan aku..
sebenarnya lebih marah padamu..
pergilah kau jauh dariku..
sebelum aku membenci dirimu..

dalam kemarahan ini..
bangkit secuit rasa..
dan aku membenci perasaan ini..
bila aku marah...
selamat tinggal...

kertas comot

Adakah kebahagian atau kesedihan yang menanti..segalanya masih tidak berjawap.. dan tiada diantara kita yang pasti apa kehidupan yang menanti kita, adakah esok untuk kita bersama..

cintaku membuatkan aku merasakan kau adalah miliku..namun kenyataannya kau adalah seorang yang asing..aku tersilap sejak mula..biarpun sebenarnya kitaberkongsi ketawa dan airmata..semuanya sudah terlambat..

setenang sungai yang mengalir..ku terasa betapa gersangnya seluruh alam..
adakah ini yang dipanggil harmoni dalam kesepian..ataukah ini kehidupanku yang telah tersurat..tiada seorangpun yang mengerti..dan memahami..malah tiada seorangpun yang mampu melihat apa yang aku aku alami..

dengarlah bisikan ini..bila aku memilihmu untuk menemani jiwaku yang kosong..bila aku ucapkan kata-kataku..bila aku memikirkan dirimu dalam setiap mimpi-mimpiku..dan bila aku menjemput bayangmu dalam anganku..bila dunia mungkin akan melontarkan segala kata, aku hanya membiarkan segalanya..

kenangan indah dan mimpi yang telah lama tercipta hanya untukmu..cuba untuk aku kuburkan menjadi lagu semalam..meskipun menjadi kesalan yang tidak bermakna lagi..kita beralih arah dalam arus yang tidak mungkin dapat bersatu lagi..yang pastinya kerinduan ini memberi aku harapan untuk bersua disuatu ketika..dan aku hanya menanti..

cinta dan rindu ini masih tersemat kukuh dalam kenangan.. dan akan tetap kekal jauh dilubuk hati ini..

kata terakhirmu.. sekiranya aku bersedih dengan kepergianmu..lupakan kesedihan itu.. dan jangan biarkan airmataku bersulam dalam kepedihan yang dalam..hanya kenangi segala sejarah indah bersamamu..

katamu lagi.. pandanglah kelangit biru.. lihatlah awan..maka aku tiada alasan untukmenangis lagi..kerana hidup kita tidakditakdirkan bersatu..

Kau terlupa..atau mungkin kau sendiri tidak tahu sebenarnya.. dunia sendiriku sudah lama berlalu..duniaku kini hanya akan sempurna bersamamu.. kau terlupa lagi yang kau hadir dalam hidupku mencipta segala kenangan..

hatiku bersedih selepas kepergianmu.. hidupku sepi tanpamu.. alone, my world is a lonely.. never ending nightmare..

Dengarkan, kepedihan ini..cinta sedih ini.. aku sangat berdoa dan berharap semoga aku sebenarnya tidak pernah bertemu denganmu..tidak pernah jatuh cinta padamu..tidak pernah menyimpanmu jauh disudut hatiku..dan tidak pernah mengenalimu selama hidupku..kerana aku gagal memadam segalanya..aku telah gagal.


"i miss u again, just like it's yesterday..my desire to see u just wont disappear..u just keep appearing in my mind..the more i comfort myself..the morei cry..even if i rub away those tears secretly..the memories spreading to other memories..making me cry with pain..i regret that i've only received..will u forget me becausei havent given u anythingi love u..and this is what i learned from u..out all the words and anything in this world..i mutter it to myself as if i were stupid.."

Salahkah aku?

Salahkah aku bertanya sekiranya aku ingin kepastian? Salahkah aku menuntut jawapan yang lebih mesra darimu..sekadar untuk membuang segala syak wasangka? salahkah untuk kau memahami maksudku..salahkah untuk kau lebih peka?

Kau selalu berkata, kau jujur padaku.. tetapi mengapa hatiku sering gundah.. kau berkata kau sayang padaku..tetapi mengapa hatiku sering resah? kau berkata..kau hadir untuk mengubat laraku..tetapi mengapa jiwaku makin terluka..

aku terpaksa menelan semua caramu..fikiranku sendiri akhirnya memarahi hatiku..pada masa yang sama memujuk hatiku..aku menjawap sendiri pada persoalan yang bermain difikiranku..akhirnya cemburu bersarang didada..kau sering mengelak untuk menjawap segala tindakanmu..sekadar untuk melepaskan diri..bagaimana dengan perasaanku??

bagaimanakah dikau sanggup melukakan hatiku bila aku memberi sepenuh cintaku..bagaimanakah dikau yang pernah membuatku bahagia mampu membuatku bersedih..mengapakah kau yang pernah cuba untuk memahami hatiku kini tidak lagi memahami..mengapakah dikau yang pernah berkongsi segala mimpiku akhirnya mempermainkan mimpiku..

bagaimanakah dengan janji-janjimu.. untuk menghapuskan kenangan masa laluku..memberi nafas baru kepadaku..tetapi kau akhirnya yang membawa masa laluku bersamaku.. mengapa dalam hubungan kita..kau tidak mampu lagi bersabar dengan kerenahku? mengapa kau tidak lagi melihat segala maksudku..bila hatiku tidak merasa kau sayang padaku lebih dari apa yang aku berikan padamu.. kau menipu perasaanku dengan kejamnya..mungkin bagimu.. mendera perasaanku walaupun tanpa niatmu..adalah kemegahanmu yang azali setelah kau berjaya menawan hatiku..haruskah aku meneruskan dan menerima sekadarnya cintamu..terus makan hati dengan sikapmu..dalam sayang ada benciku..sayang pada dirimu..benci pada sikapmu..

aku tetap memiliki perasaan sayang.. masih lagi memikirkanmu..menyayangimu adalah yang paling terindah buatku..namun kejutkanlah aku dari mimpi sedih ini..agar aku dapat teruskan hidupku.. aku lupa dimana dan bila…...aku lupa bagaimana semua bermula….hanya yang aku ingat kau mula menarik perhatianku….tahukah dikau….betapa takutnya aku? aku takut untuk menyimpan perasaan ini….aku takut untuk menangis lagi….aku takut untuk menanggung perasaan rindu dan sedih ini..

seawalnya..semuanya indah..membuai perasaanku.. aku merasakan indahnya awan..redup sejuk tempatku berteduh..tempatku untuk menumpang kasih..tempatku untuk mengadu..tempatku untuk meluahkan segala resahku..tempatku untuk menghilangkan gundahku….kau membuatkan aku tertawan dengan segalanya tentang dirimu….

mengapa sekarang kau tidak mampu menjadi awan yang sama? mengapa awan sudah berubah arah? Apakah taufan kini melanda? Atau mungkin hujan yang menimpa? atau sebenarnya awan itu sudah beralih arah? Nyatakanlah kepada ku.. apa sebenarnya yang berlaku….janganlah biarkan aku berteka teki dan membuat andaian ku sendiri…kiranya mungkin masa merubah segalanya..dan tinggallah aku..untuk memulakan segala2nya sekali lagi…. bangkit berdiri..mencari arahku sendiri..mencari awanku yang telah hilang.. walaupun ku nampak awan itu...tapi bukan lagi milikku..

Rindu Semalam - Mengusung Rinduku..

Dalam hati ini..
ada namamu..
nama seorang insan..
yang aku rindu
dalam senyum ini ada tangisan..
tangisan seorang insan terluka..
dalam jiwa ini ada pilunya..
pilu yang membuat aku menangis hiba..

Walaupun aku cuba untuk melupakanmu.. memadam segalanya tentang dirimu..dan aku cuba bertahan seolah tiada apa yang berlaku..namun aku tidak
dapat menipu diriku sendiri.. hatiku sebenarnya telah remuk dimamah duka..aku merindumu dan tetap merinduimu..saban hari dan masa..


kau kini telah jauh dariku..sangat jauh tidak terlangkau oleh pandanganku.. meninggalkan aku dalam rindu yang tidak berkesudahan..

kau pergi meninggalkan aku untuk segalanya.. aku gagal melepaskan kau pergi kerana hatiku.. sangat sukar untukku melepaskanmu..

aku gagal membiarkan kau pergi bersama memorimu..dan aku hanya terbiar sepi bersama dukaku sendiri..
ingin ku jerit kepadamu jangan tinggalkan aku..walau apa jua sebab dan alasanmu..

Aku pasti dengan hati dan cinta ini..sekalipun datang lagi kesempatan lain..aku hanya ingin kau bersamaku..kerana kaulah segalanya dalam hatiku..
hanya dirimu yang yang membuat jiwaku bahagia..dan hanya dirimu yang membuat cintaku tiada dua dan tidak berbelah bagi..untukmu selamanya.. walaupun hakikatnya cintamu hanya airmata bagi diriku..

kerana kau berjanji..aku setia menanti..
kerana kau mengucapkan sayang..aku menderita kerana merinduimu..
kerana kau menghilang..akhirnya..aku terbiar sepi..

diketika ini.. aku masih lagi tertanya-tanya..
kerana apakah aku harus jadi begini..
kerana cinta? atau hanya ilusiku semata..
kerana sayang? atau mainan perasaanku sahaja...

disaat ini.. aku hanya kesedihan..
yang pastinya..aku hanya tinggal sendiri

kalau benar... cinta itu indah...mengapa hatiku resah dan gundah..
kalau benar... cinta itu asyik.. mengapa jiwaku sakit..
kalau benar... kau cinta padaku..mengapa aku sunyi sendirian..
kalau benar...

aku merinduimu lagi..seperti rindu2 semalam..keinginanku untuk melihat dirimu..seakan membakar diri ini..kau kian hadir dalam fikiranku.. semakin aku memujuk diri..semakin aku rasa tersiksa..dan aku menangis dalam kepedihan yang dalam..

kucuba menahan airmata yang kian mengalir..namun memori bersamamu silih
berganti..memori cinta luka memori yang sukar untuk aku kuburkan sungguhpun kepahitan masa lalu kian membunuhku... melontar aku dalam sendu yang tidak bernama..


my mind wants to give up but the feelings got stronger..
u are just my love that passed by and a forgotten bygone love...

Wednesday, June 10, 2009

Aku kau dan dia..

dikamar hati ini..masih tersembunyi..
sebuah misteri..dan kenangan
yang tak mampu ku lempar jauh..yang tidak
dapat ku kikis dari sudut ingatanku..
kini aku sendiri..tenggelam dalam kenangan
silam..manisnya pertemuan..
pahitnya..perpisahan.. dan semua
yang telah berlaku..hanya meninggalkan kesan abadi..

tersesatkah aku dalam perjalanan yang panjang?
atau alpakah aku tentang kebenaran diri?
atau adakah ini suratan..yang hanya
Allah saja maha mengetahui..atau..adakah
ini sekadar ujian diri keatasku...atau...
ini adalah alasanku semata-mata untuk menutupi kesalahan diri?

aku mencari cahaya..dalam sinar mentari..aku mencari malam..
bila sebenarnya..aku melihat bulan..aku mencari mimpi dalam sedarku..
aku mencari misteri..sebenarnya aku bertapak dalam realiti..
aku mencari dakapan cinta..sedangkan sayap impian telah
lama terbentang dihadapanku..

Telah ditakdirkan segala rasa dijiwa..dan sekiranya..
kau mengerti.. gerimis dan pelangi..telah bertamu dalam kabut
..bunga-bunga cinta..hanyalah kembang yang terhalang..
ku sekadar mengharap..dalam jemuku..dalam resah yang meronta..
ruang untukku merawat lara..tempat aku mengadu kisah..
melewati segala duka dan suka..
mengukir ilham dan berkongsi harapan..
membuat hatiku..menanti hari esok dengan
penuh harapan bersama dendam dan rindu..
cukup untuk menghiburkan hati ini..

semuanya telah berakhir kini..antara diriku..
dan dia...takkan ada cerita seperti yang
dulu...yang tinggal kini hanya perasaan yang
tidak terungkai..bayangan mimpi yang tidak bernama..rindu
yang tidak bersuara..kepergian sebuah cinta hati tanpa
noktah terakhir..meninggalkan aku dan airmata yang sering
bertamu tanpa henti..

dan yang pastinya..masih lagi bersamaku..zahirnya hanyalah
dirimu..terpatri dalam sebuah ikatan..
dalam sumpah setia.. tiada apa yang kurang dalam
kehidupan kita bersama..tapi kesempurnaan dalam
segalanya adalah mustahil bagi setiap insan..
jasadku bersamamu..jiwaku bersamanya..mesraku bersamamu..
hatiku bersamanya..hidupku bersamamu..fikiranku bersamanya.
malamku bersamamu..siangku bersamanya..hari-hariku bersamamu..
setiap detik tidak terbatas bersamanya..

aku yang dulu mencintaimu..adakah telah berubah kini?
Sudah pudarkah cinta kita yang ada? atau cintaku beralih arah?
Sudah hilangkah kemesraan bersama..atau aku gagal menghargai
apa yang ada?..aku yang memburu..atau aku yang diburu?adakah ini
ketentuannya..atau kehendakku sendiri?

kita wujud bersama kasih sayang dan ikatan..
namun..disepanjang aku mengatur langkahku..aku tidak
terlepas dari dosa..dan aku tidak mampu
memberimu sebarang alasan dan jawapan..
hanya ku mampu..memohon maaf padamu..
meskipun..tidak tersingkap segala
persoalan..aku sedar, kau selindungi kesalahanku
dalam diam..

setenang wajahmu..aku masih dapat meneka resahmu..
disebalik gurauanmu..dan sendamu..aku masih dapat
merasa perasaanmu..biarpun semuanya tidak terucap..
Kau sentiasa untukku..keranaku tahu..hanya takdir
yang memisahkan..selain dari itu..kau tidak mungkin
meninggalkan aku..bernasib baikkah aku? kerana memilikimu..atau
sebenarnya nasib tidak memilihmu..kerana aku yang kau miliki..
tidak adil kepadamu..

dalam kesedihan atas suatu kehilangan..
aku disedarkan..dari mimpi yang panjang..
Aku bersalah padamu..namun aku mencintai dia..
'I'm sorry to you..I feel guilty towards u..but i love him..
and there are two different things'

Sunday, September 28, 2008

Aidilfitri Pilu

Aidilfitri datang lagi..semusim sudah berlalu..tanpamu disisi..puas aku cuba melupakanmu..namun kenangan bersama di aidilfitri..mengundang segala memori silam..kisah aidilfitri dari dua benua yang berbeza..

sesaat takbir bergema..dipagi hari kau setia menungguku..mengucapkan salam dan menemaniku..kau menghulurkan tanganmu disebalik cermin kaku..seolah memberikan salammu..seolah menyentuh lembut wajahku..seolah memberi restu dan doamu..airmata ini mengalir dalam ketenangan.. dan kegembiraan yang tidak bernoktah..sambil menceritakan segala kisahmu.. hari-harimu dan segala yang kau lalui..

Pernah kau bertanyakan padaku..bagaimanakah rasanya bila hati dilukai..bila dikecewakan..dan bagaimanakah rasanya bila hidup kesunyian..dikala itu aku hanya ketawa.. aku rasakan keadaan itu tidak akan menimpa kita..

bila saja cinta dan halangan akhirnya mendatang pada masa yang sama..jalan yang tinggal untukku hanya ketabahan untuk merawati kedukaan ini..

sekarang baru aku tahu..bagaimana rasanya bila hati ditinggal pergi.. bila cinta tidak lagi seperti dulu..sakitnya disini.. tepat di sudut hati..perit dan luka berdarah.. meninggalkan kesan yang sangat besar..dan tak dapat diubati..hingga tiba suatu ketika..aku rasakan seolah tiada lagi cinta untukku..masih berdarah lukaku ini pedih menikam jiwa..syawal kali ini bertukar warna merah dalam hidupku.. bukan lagi hijau seperti dulu..

Aku rindukan saat-saat aku bersamamu..sangat rindu..andai kau tahu apa yang aku rasakan pada masa ini..kekosongan jiwaku..kesunyian hidupku..tidak pernah sama lagi seperti dulu..dimasa kau masih bersamaku.. hanya aku cuba dan terus mencuba untuk tidak memperdulikan perasaan ini..aku cuba untuk melihat keindahan kehidupan ini tanpamu..

Aku tidak mampu lagi untuk mendekatimu..hanya mengintai dari jauh..walaupun hati ini menjerit..namun aku hanya mampu menulis segala perasaanku dalam diam..agar memoriku tidak menghimpit fikiranku..setiap kenangan yang masih mendalam dan masih segar..setiap perjalanan dalam kehidupanku bersamamu..yang pasti kepergianmu tidak mungkin dapat berganti..salam syawal untuk seorang insan yang tidak pernah mengerti erti kesunyian ini..dan tidak pernah mengerti kesedihan ini selamanya..

Monday, August 25, 2008

Embun Dihujungnya Daun

Sebelum dirimu, kehidupanku terlakar tanpa perasaan..tanpa rindu..tanpa dendam.. tanpa harapan..tidak ku tahu apa yang ku ingini.. hanya khayal bermimpi.. diulik lena yang panjang....aku menyanyi..mendendangkan lagu mengikut rentakku sendiri.. masih tercari-cari..nilai kehidupan..mudah untuk ditafsirkan.. tanpa tanda tanya.. tanpa teka teki..semudah dedaunan kekeringan..gugur ke bumi gersang..diterbangkan angin hilang..

Bersama denganmu..renunganmu yang misteri..tajam menusuk kalbu..ku lihat seraut wajah cinta..yang mula bermain di kotak fikiranku..terselam di lubuk hatiku.. terdetik dihatiku..tersirat tanda tanya..terungkai segala hasratmu..gemerlap jiwaku..tersemai rasa..cinta dan rindu..berbunga didalam dada.. menghiasi hari-hariku..cinta yang membara..aku mula membina impian..harapan demi harapan..aku mengharapkan ikatan kasih dan kemesraan..hanya dirimu bertakhta dijiwa..kasihku melebihi segalanya..

Tanpa dirimu..kini ku kehilangan sebuah harapan..terkubur lesu..jiwaku resah.. impianku semakin kabur..hampa tiada lagi bermaya..ku cuba menyingkap tirai silam.. namun hanya rindu dan dendam bersatu..segalanya menghiris hati.. menyiksa diriku.. bukan mudah untukku mengawal resah.. melawan perasaanku..namun aku telan perit hati yang merana.. aku harapkan hari-hariku hanyalah mimpi..yang menghambat lenaku.. bila aku terjaga..segala mimpi ngeri berlalu..tak dapat aku luahkan..betapa besarnya cintaku padamu..yang terukir didalam hatiku.. Namun hanya kenangan silam yang bertandang.. membiarkan aku sendiri dalam persimpangan ini..berduka dan bersedih.. didalam gelora rindu..aku menangis.. didalam sendu..aku berseru.. biarpun aku hanya memeluk bayanganku sendiri.. sekadar memujuk hati yang pilu..Sungguh tak aku mengerti.. mengapa begini..

Segala kepahitan..aku pendamkan..dan aku harungi hidupku sendirian..didalam kesamaran.. aku mencari jawapan pasti..persoalan yang bermain di fikiranku..hanya membuatkan aku semakin parah..didalam kepayahan, aku tetapkan hati yang semakin retak..

Selepas dirimu.. kesedihanku semakin pudar kini.. hari-hari berlalu mengubat hati.. hanya tinggal memori..sepi mengajarku tentang diri ..aku bagai kembara di tanah usang..berjalan aku rebah..namun aku bangkit dengan tabah..walaupun aku terluka.. dalam ceriaku sebenarnya gerhana..namun aku tetap genggam impian..mengatur langkahku.. ku harapkan selepas ini..tiada lagi pertemuan kita..

Aku masih lagi mengingati hidupku sebelummu..dan aku menyintai kenangan hidupku bersamamu..Namun aku membenci hidupku tanpamu..Kerana benciku..aku meneruskan hidupku yang tercinta selepasmu..

embun dihujungnya daun..
menitis lalu berderai..
jatuh ke bumi hilang..
hanya tinggallah kenangan..

Sunday, August 24, 2008

Benua Hijau Terpisah Dua

Walau tiada suara yang terdengar..airmata yang mengalir dipipi..hati yang merintih sendirian..tiada siapa yang tahu..sudah sekian lama aku merajuk membawa diri jauh.. sudah sekian lama aku menyimpan segala perasaan dan kata hati ini..secuit kasih..selembut sutera..setenang kata tersusun bahasa...lewat jendela..ku merenung jauh..

janji-janjimu disaat bahagia..kata-kata cintamu disaat bersama..sudah lenyap oleh derita yang tidak berkesudahan..perjalanan kita tidak lagi searah..dunia sudah berbeza..dan segalanya sudah berubah..kita tidak ditakdirkan untuk terus bersama..harapanmu kini sudah tidak bererti lagi..dan aku hanyalah serpihan kehidupanmu yang tidak memberi tanda nama..

kebenaran sudah lama kita sedari..kau disana dan aku disini terhalang oleh dua benua..hanya bersatu dalam sebuah kehidupan sepi..berganti kata yang tidak berwajah..mendengar suara melalui angin..kita tidak pernah bersua muka..

jelas sudah hubungan dua jasad..yang tidak bermuka.. hanya berkongsi cerita dan airmata..mengusik lembut sebuah jiwa..akhirnya terpaksa menerima hakikat..hubungan ini meretakkan sebuah kehidupan pasti..tangisan sikecil yang menyayat hati..menuntut kau kembali kesisi..amarah keluargamu menghambur..memberi kata dua..walaupun pernah kau katakan padaku..pernah kau ukirkan sebuah janji..tiada siapa yang boleh memisahkan kita..

Katamu..tiada siapa yang perlu berkorban..bukan dirimu.. bukan keluargamu..bukan jua diriku..dan bukan jua keluargaku..kita adalah jasad yang berkongsi jiwa..kita telah dipertemukan dikala sayu dan pilu berkocak dikalbu.. tiada apa yang berubah..hanya jiwa yang belayar dilautan kasih..bersemarak mekar bersama kuntum- kuntum hati yang tersenyum..

Namun..berderai sudah segala kata..tiada lagi tempatku bermanja..kau memilih kehidupan abadimu..berbanding diriku yang hanya dalam ilusimu..

Jika benar inilah ilusi..ilusi bermusim diarena berbalas kata tidak berwajah..jika benarlah ini hanya fantasi..mengapa airmata ini mengalir..mengapa hati ini pedih? mengapa aku seperti orang yang bingung kehilangan arah? mengapa aku seperti ingin menggapai sesuatu yang hampir segalanya tidak pernah wujud?

Sudah tidak bermakna lagi segala kebenaran.. yang tersirat dan tersurat..sudah pastinya..aku yang terluka sendiri.. terhiris dan terlempar sendirian meniti hari-hariku yang sukar..sudah tiada lagi persoalan dan tanda tanya.. takdir yang menghalang atau nasib diri yang mengundang..

aku tak ingin lagi kau tahu..tentang apa yang kurasa.. tentang cintaku..tentang rinduku..biarpun kau sebenarnya telah berlalu pergi..aku tak ingin lagi kau kembali.. cinta dihatiku kini..bukan milikmu.. biarpun pedihnya dan biarpun payah untukku kuburkan kenangan yang bersemi dalam diriku ini buat selamanya..

Pergimu sekadar menguji diriku..atau pergimu untuk kebaikan semua..aku tidak peduli lagi..tempatmu bukan disini lagi..tiada gunanya untuk kau kembali..sekadar untuk melewati kesan luka dan airmata..makin ku mengerti kehidupan ini..makin ku tahu sedalam mana kasih sayang..makin ku faham setinggi mana kesetiaan..

biarlah aku menyusuri hidupku..peluang untukku melihat kembali apa yang ada disisiku..dia yang sentiasa setia bersamaku..melayari hidup bersamaku..dia yang tak faham apa-apa tapi dengan tulusnya memujukku.. mengasihiku.. menyayangiku dan pastinya dia berwajah..apa lagi yang ku harapkan.. sedang aku rasa hina dengan dosa-dosa perasaanku..Tuhan masih sayang padaku.. If life is treating me good..what else in this world that I'm looking for?

Saturday, August 23, 2008

Misteri Mimpi Shakila Sun24Aug2008@2.20am

Langkahku perlahan dalam gerimis..menggigil tubuhku.. didalam hujan yang semakin lebat..aku rela begini tiada siapa yang melihat..lebatnya airmataku yang mengalir.. selebat hujan yang menimpa..aku tidak lagi peduli.. sepertimu yang membiarkan aku sendiri..meneruskan hidupku walaupun dalam lukaku yang semakin parah..

Aku membawa diri ini jauh dari jangkauanmu..didalam basah kuyup aku menahan kesedihan ini..tangisan sendu yang mengiringi cinta kita yang berkecai akhirnya.. ingin aku berlari melawan hujan dan airmata..ingin aku menjerit meluah segala rasa didalam dada...

Kau menyebut segala kesilapanku..untuk menutup sebuah dosamu yang mengkhianati setia ini..keharuman cinta yang pernah kita semaikan bersama hanya tinggal kenangan.. kemesraan yang bertaut..terpadam oleh takdir perpisahan..

"there's nothing between her and me..to s0 called love..just infatuation..lust..temptation.. besides, i just love u..remember this..and please to understand..i dont want to say this, after all.. men are polygamous by nature..''

Tiada lagi tangisan..harapan telah gugur layu menyembah duka ini..terpaksa aku bawa langkah yang kecewa..meninggalkan segalanya..walaupun kau mengiringi langkahku dengan kata-kata azimatmu..yang tidak mungkin aku terima buat sekian kalinya..bagiku..kau hanya mempersendakan diri ini dan yang paling kejam..kau telah membunuh kepercayaanku..

"u the one who did all this, u never tried to be my wife..and u never be good mother to shakila.. i forgive u for all what u've done to me..cant u do the same to me?"

Dalam benci yang semakin menghuni didada..aku terus memendam rasa..terus aku melangkah..meninggalkan jejak yang semakin hilang dalam hujan..mencari damai dihati ini..tiada lagi persoalan yang bermain diingatanku.. tiada lagi kabarmu yang aku pedulikan..dendam dalam diam semakin membuatku gagah untuk berlari..meninggalkan hujan dan airmata kepedihan..

"for the sake of shakila, will u come back? and we start again our relationship?"

Aku senyum dalam keterpaksaan...namun aku terus melangkah..meninggalkan segala sumpah setia dan janjimu, terbenam dalam sebuah kubur yang tidak bernisan..tanpa lambaian..kau telah lenyap dari hidupku, cintamu sudah tidak bererti lagi buatku, sayangmu sudah tiada lagi nilainya.. yang ada padaku.. hanya seraut wajah kecil..

"why u bother to ask about her? after all, u never be good mom to her, u just do as ur wish.. never care about her at all"

Kehadiranmu sikecil..memberikan suatu kebenaran..tentang keindahan alam serta warna-warna hidupku..kehangatan belaianku di wajah kecilmu masih terasa kini..sungguh payah untukku lupakan sebuah sejarah silam..yang masih segar bertakhta dihati.. dan engkau yang pernah menyinari hidup seorang ibu..tanpamu tiadalah rinduku..dan tanpa kasih ini..sepilah kehidupan yang semakin singkat..

Tak pernah ku alami..gagal ku hindari perasaan yang semakin menghimpit.. didalam jagaku mencari-cari seraut wajah dan menanti kehadiranmu kembali disisi.. didalam tidurku termimpi-mimpi segala kenangan bersama..

Semenjak aku kehilanganmu..sepi mencengkam rasa.. aku kian mengimbas kenangan dimasa silam..hanya untuk memiliki bayanganmu..masih adakah kesempatan untukku memilikimu seperti dulu..wajah yang sering bermain diingatan dikala aku kesunyian..suara yang sering menemani ruang sepiku..namun yang tinggal kini hanya airmata kasih..buih-buih rindu yang semakin melanda hatiku..

Bukan pintaku..atau mahuku..semuanya suratan takdir yang tak mampu aku usir..pilunya hatiku namun aku tidak berdaya..pergimu sayang bersama cinta hatiku.. walaupun bisanya menikam kalbu..tidak sanggupku melihat kau pergi..tidak berdaya aku menghalang langkahmu.. tercalar pedih didalam dada..aku terseksa untuk melepaskanmu..demi kerana sebuah keruntuhan kasih sayang..

Menjelma lagi kenangan bersamamu..setelah bermusim telah berlalu..dalam mimpiku tetap berharap..agar kau hadir dalam senyuman.. inginku hentikan masa yang berlalu.. kembali ke sejarah silam..semasa kau masih lagi bersamaku..bermanja denganku..terdengar lembut suaramu.. menggapai tanganku..memanggil sebuah nama.. nama yang mungkin telah menjadi nesan..yang tinggal dalam kenangan..ghaib dalam impian..

Ketahuilah sayang ibu..Cinta ibu abadi hanya untukmu..hati ibu sangat terdesak untuk memilikimu..agar ibu mampu meneruskan sisa-sisa hidupku ini..seperti wanita lain..memiliki mutiara hati disisi..

Katakanlah...hati ibu mana yang sanggup berjauhan..dengan satu-satunya mutiara hati? hati ibu mana yang tidak peduli pada anak yang pernah dikandungnya? hati ibu mana yang sanggup menidakkan kelahirannya?

Katakanlah..kasih ibu mana yang mampu menahan takdir? terpaksa menerima kenyataan perpisahan dua jasad? yang menghantarmu jauh di perantauan..

Katakanlah..bagaimana hari-hari yang ibu lalui.. setelah bertahun-tahun, ibu masih lagi gagal untuk menerima semua yang berlaku..walaupun ibu sekadar mencari jalan sebagai sandaran..untuk melupakan seraut wajah comel yang tak pernah lekang dihati..untuk melupakan segala jalan cerita yang menyakitkan..hakikatnya ibu hanya mampu menangis sendirian..

Katakanlah..tiada pengganti ibu disisimu..perit hati ibu ini membayangkan..tangan lain yang mengusapmu.. membelaimu..menciummu..melihat wajahmu setiap hari.. mengiringi langkahmu yang semakin panjang..

Hati ibu mana yang mampu bertahan dengan segala pandanganmu yang membenci? hati ibu mana yang sanggup menelan segala kepahitan dari sebuah perpisahan? luka ibu tertusuk seluruh jiwa.. hakikatnya..kita diibaratkan orang asing yang tidak mengenali lagi... walaupun kau adalah sebahagian daripada ibu.. hanya yang ibu ingin sampaikan...pada sebuah coretan ini..ibu sayang dan masih sayang..masih merindui..dalam tidur dan dalam jaga seorang ibu..masih mengharap agar satu-satunya mutiara ibu kembali kesisi...

Pada angin..sampaikan salam kerinduan ibu..andainya suatu masa..kau membaca coretan ibu ini..ketahuilah pada saat ini..ibu menangisi kerinduan ini yang tidak bertepian.. lihatlah pada bulan yang sama...carilah wajah ibu..jangan biarkan wajah ibumu pudar dari ingatan.. hilang dari memori.. lenyap dalam sejarah hidupmu.. salam ibu untuk shakila...

"Remember this shakila's daddy..I never be a good mother..but no one can deny this.. i am a mother.. i have feelings..i have tears..i have missing..i have sorrow...i have nightmare.. and remember this also.. u never teach me good lessons... u let me do anything i wish.. i did thousands mistake...coz u let me.. the moment u betrayed me..u broke my trusts..u denied my rights..at time.. u already pushed me far..

What i have done? u did opened kitab..read down all my mistakes... but none! none... about trust! none about betrays! none about love...none about relationship! u'd twisted ur mistake to become mine! thats only u can do...

What u have done? how i can live my life with u..when no more trust in between? when i cant let myself to remember what u did...all times all day long? how i can live my life..and share happiness if there is just a lie? how do i forget all..what lies beneath...?????

And what u have done more? u tried ur best to let me down..u pushed my family too.. maximum level...u took everything from us..for what reason? to bring me back to ur life? have u ever forgotten..once..i was ur wife..lived my life with u..the one u kiss..u hug...and the one..u ever swore to take care off..

U just make things damn worst! I do remember all ur words...embrosed deeply in my heart.. remember all what u've said...!"