Wednesday, June 10, 2009

Aku kau dan dia..

dikamar hati ini..masih tersembunyi..
sebuah misteri..dan kenangan
yang tak mampu ku lempar jauh..yang tidak
dapat ku kikis dari sudut ingatanku..
kini aku sendiri..tenggelam dalam kenangan
silam..manisnya pertemuan..
pahitnya..perpisahan.. dan semua
yang telah berlaku..hanya meninggalkan kesan abadi..

tersesatkah aku dalam perjalanan yang panjang?
atau alpakah aku tentang kebenaran diri?
atau adakah ini suratan..yang hanya
Allah saja maha mengetahui..atau..adakah
ini sekadar ujian diri keatasku...atau...
ini adalah alasanku semata-mata untuk menutupi kesalahan diri?

aku mencari cahaya..dalam sinar mentari..aku mencari malam..
bila sebenarnya..aku melihat bulan..aku mencari mimpi dalam sedarku..
aku mencari misteri..sebenarnya aku bertapak dalam realiti..
aku mencari dakapan cinta..sedangkan sayap impian telah
lama terbentang dihadapanku..

Telah ditakdirkan segala rasa dijiwa..dan sekiranya..
kau mengerti.. gerimis dan pelangi..telah bertamu dalam kabut
..bunga-bunga cinta..hanyalah kembang yang terhalang..
ku sekadar mengharap..dalam jemuku..dalam resah yang meronta..
ruang untukku merawat lara..tempat aku mengadu kisah..
melewati segala duka dan suka..
mengukir ilham dan berkongsi harapan..
membuat hatiku..menanti hari esok dengan
penuh harapan bersama dendam dan rindu..
cukup untuk menghiburkan hati ini..

semuanya telah berakhir kini..antara diriku..
dan dia...takkan ada cerita seperti yang
dulu...yang tinggal kini hanya perasaan yang
tidak terungkai..bayangan mimpi yang tidak bernama..rindu
yang tidak bersuara..kepergian sebuah cinta hati tanpa
noktah terakhir..meninggalkan aku dan airmata yang sering
bertamu tanpa henti..

dan yang pastinya..masih lagi bersamaku..zahirnya hanyalah
dirimu..terpatri dalam sebuah ikatan..
dalam sumpah setia.. tiada apa yang kurang dalam
kehidupan kita bersama..tapi kesempurnaan dalam
segalanya adalah mustahil bagi setiap insan..
jasadku bersamamu..jiwaku bersamanya..mesraku bersamamu..
hatiku bersamanya..hidupku bersamamu..fikiranku bersamanya.
malamku bersamamu..siangku bersamanya..hari-hariku bersamamu..
setiap detik tidak terbatas bersamanya..

aku yang dulu mencintaimu..adakah telah berubah kini?
Sudah pudarkah cinta kita yang ada? atau cintaku beralih arah?
Sudah hilangkah kemesraan bersama..atau aku gagal menghargai
apa yang ada?..aku yang memburu..atau aku yang diburu?adakah ini
ketentuannya..atau kehendakku sendiri?

kita wujud bersama kasih sayang dan ikatan..
namun..disepanjang aku mengatur langkahku..aku tidak
terlepas dari dosa..dan aku tidak mampu
memberimu sebarang alasan dan jawapan..
hanya ku mampu..memohon maaf padamu..
meskipun..tidak tersingkap segala
persoalan..aku sedar, kau selindungi kesalahanku
dalam diam..

setenang wajahmu..aku masih dapat meneka resahmu..
disebalik gurauanmu..dan sendamu..aku masih dapat
merasa perasaanmu..biarpun semuanya tidak terucap..
Kau sentiasa untukku..keranaku tahu..hanya takdir
yang memisahkan..selain dari itu..kau tidak mungkin
meninggalkan aku..bernasib baikkah aku? kerana memilikimu..atau
sebenarnya nasib tidak memilihmu..kerana aku yang kau miliki..
tidak adil kepadamu..

dalam kesedihan atas suatu kehilangan..
aku disedarkan..dari mimpi yang panjang..
Aku bersalah padamu..namun aku mencintai dia..
'I'm sorry to you..I feel guilty towards u..but i love him..
and there are two different things'

No comments: