Dalam hati ini..
ada namamu..
nama seorang insan..
yang aku rindu
dalam senyum ini ada tangisan..
tangisan seorang insan terluka..
dalam jiwa ini ada pilunya..
pilu yang membuat aku menangis hiba..
Walaupun aku cuba untuk melupakanmu.. memadam segalanya tentang dirimu..dan aku cuba bertahan seolah tiada apa yang berlaku..namun aku tidak
dapat menipu diriku sendiri.. hatiku sebenarnya telah remuk dimamah duka..aku merindumu dan tetap merinduimu..saban hari dan masa..
kau kini telah jauh dariku..sangat jauh tidak terlangkau oleh pandanganku.. meninggalkan aku dalam rindu yang tidak berkesudahan..
kau pergi meninggalkan aku untuk segalanya.. aku gagal melepaskan kau pergi kerana hatiku.. sangat sukar untukku melepaskanmu..
aku gagal membiarkan kau pergi bersama memorimu..dan aku hanya terbiar sepi bersama dukaku sendiri..
ingin ku jerit kepadamu jangan tinggalkan aku..walau apa jua sebab dan alasanmu..
Aku pasti dengan hati dan cinta ini..sekalipun datang lagi kesempatan lain..aku hanya ingin kau bersamaku..kerana kaulah segalanya dalam hatiku..
hanya dirimu yang yang membuat jiwaku bahagia..dan hanya dirimu yang membuat cintaku tiada dua dan tidak berbelah bagi..untukmu selamanya.. walaupun hakikatnya cintamu hanya airmata bagi diriku..
kerana kau berjanji..aku setia menanti..
kerana kau mengucapkan sayang..aku menderita kerana merinduimu..
kerana kau menghilang..akhirnya..aku terbiar sepi..
diketika ini.. aku masih lagi tertanya-tanya..
kerana apakah aku harus jadi begini..
kerana cinta? atau hanya ilusiku semata..
kerana sayang? atau mainan perasaanku sahaja...
disaat ini.. aku hanya kesedihan..
yang pastinya..aku hanya tinggal sendiri
kalau benar... cinta itu indah...mengapa hatiku resah dan gundah..
kalau benar... cinta itu asyik.. mengapa jiwaku sakit..
kalau benar... kau cinta padaku..mengapa aku sunyi sendirian..
kalau benar...
aku merinduimu lagi..seperti rindu2 semalam..keinginanku untuk melihat dirimu..seakan membakar diri ini..kau kian hadir dalam fikiranku.. semakin aku memujuk diri..semakin aku rasa tersiksa..dan aku menangis dalam kepedihan yang dalam..
kucuba menahan airmata yang kian mengalir..namun memori bersamamu silih
berganti..memori cinta luka memori yang sukar untuk aku kuburkan sungguhpun kepahitan masa lalu kian membunuhku... melontar aku dalam sendu yang tidak bernama..
my mind wants to give up but the feelings got stronger..
u are just my love that passed by and a forgotten bygone love...
No comments:
Post a Comment