Salahkah aku bertanya sekiranya aku ingin kepastian? Salahkah aku menuntut jawapan yang lebih mesra darimu..sekadar untuk membuang segala syak wasangka? salahkah untuk kau memahami maksudku..salahkah untuk kau lebih peka?
Kau selalu berkata, kau jujur padaku.. tetapi mengapa hatiku sering gundah.. kau berkata kau sayang padaku..tetapi mengapa hatiku sering resah? kau berkata..kau hadir untuk mengubat laraku..tetapi mengapa jiwaku makin terluka..
aku terpaksa menelan semua caramu..fikiranku sendiri akhirnya memarahi hatiku..pada masa yang sama memujuk hatiku..aku menjawap sendiri pada persoalan yang bermain difikiranku..akhirnya cemburu bersarang didada..kau sering mengelak untuk menjawap segala tindakanmu..sekadar untuk melepaskan diri..bagaimana dengan perasaanku??
bagaimanakah dikau sanggup melukakan hatiku bila aku memberi sepenuh cintaku..bagaimanakah dikau yang pernah membuatku bahagia mampu membuatku bersedih..mengapakah kau yang pernah cuba untuk memahami hatiku kini tidak lagi memahami..mengapakah dikau yang pernah berkongsi segala mimpiku akhirnya mempermainkan mimpiku..
bagaimanakah dengan janji-janjimu.. untuk menghapuskan kenangan masa laluku..memberi nafas baru kepadaku..tetapi kau akhirnya yang membawa masa laluku bersamaku.. mengapa dalam hubungan kita..kau tidak mampu lagi bersabar dengan kerenahku? mengapa kau tidak lagi melihat segala maksudku..bila hatiku tidak merasa kau sayang padaku lebih dari apa yang aku berikan padamu.. kau menipu perasaanku dengan kejamnya..mungkin bagimu.. mendera perasaanku walaupun tanpa niatmu..adalah kemegahanmu yang azali setelah kau berjaya menawan hatiku..haruskah aku meneruskan dan menerima sekadarnya cintamu..terus makan hati dengan sikapmu..dalam sayang ada benciku..sayang pada dirimu..benci pada sikapmu..
aku tetap memiliki perasaan sayang.. masih lagi memikirkanmu..menyayangimu adalah yang paling terindah buatku..namun kejutkanlah aku dari mimpi sedih ini..agar aku dapat teruskan hidupku.. aku lupa dimana dan bila…...aku lupa bagaimana semua bermula….hanya yang aku ingat kau mula menarik perhatianku….tahukah dikau….betapa takutnya aku? aku takut untuk menyimpan perasaan ini….aku takut untuk menangis lagi….aku takut untuk menanggung perasaan rindu dan sedih ini..
seawalnya..semuanya indah..membuai perasaanku.. aku merasakan indahnya awan..redup sejuk tempatku berteduh..tempatku untuk menumpang kasih..tempatku untuk mengadu..tempatku untuk meluahkan segala resahku..tempatku untuk menghilangkan gundahku….kau membuatkan aku tertawan dengan segalanya tentang dirimu….
mengapa sekarang kau tidak mampu menjadi awan yang sama? mengapa awan sudah berubah arah? Apakah taufan kini melanda? Atau mungkin hujan yang menimpa? atau sebenarnya awan itu sudah beralih arah? Nyatakanlah kepada ku.. apa sebenarnya yang berlaku….janganlah biarkan aku berteka teki dan membuat andaian ku sendiri…kiranya mungkin masa merubah segalanya..dan tinggallah aku..untuk memulakan segala2nya sekali lagi…. bangkit berdiri..mencari arahku sendiri..mencari awanku yang telah hilang.. walaupun ku nampak awan itu...tapi bukan lagi milikku..
No comments:
Post a Comment