Monday, August 25, 2008

Embun Dihujungnya Daun

Sebelum dirimu, kehidupanku terlakar tanpa perasaan..tanpa rindu..tanpa dendam.. tanpa harapan..tidak ku tahu apa yang ku ingini.. hanya khayal bermimpi.. diulik lena yang panjang....aku menyanyi..mendendangkan lagu mengikut rentakku sendiri.. masih tercari-cari..nilai kehidupan..mudah untuk ditafsirkan.. tanpa tanda tanya.. tanpa teka teki..semudah dedaunan kekeringan..gugur ke bumi gersang..diterbangkan angin hilang..

Bersama denganmu..renunganmu yang misteri..tajam menusuk kalbu..ku lihat seraut wajah cinta..yang mula bermain di kotak fikiranku..terselam di lubuk hatiku.. terdetik dihatiku..tersirat tanda tanya..terungkai segala hasratmu..gemerlap jiwaku..tersemai rasa..cinta dan rindu..berbunga didalam dada.. menghiasi hari-hariku..cinta yang membara..aku mula membina impian..harapan demi harapan..aku mengharapkan ikatan kasih dan kemesraan..hanya dirimu bertakhta dijiwa..kasihku melebihi segalanya..

Tanpa dirimu..kini ku kehilangan sebuah harapan..terkubur lesu..jiwaku resah.. impianku semakin kabur..hampa tiada lagi bermaya..ku cuba menyingkap tirai silam.. namun hanya rindu dan dendam bersatu..segalanya menghiris hati.. menyiksa diriku.. bukan mudah untukku mengawal resah.. melawan perasaanku..namun aku telan perit hati yang merana.. aku harapkan hari-hariku hanyalah mimpi..yang menghambat lenaku.. bila aku terjaga..segala mimpi ngeri berlalu..tak dapat aku luahkan..betapa besarnya cintaku padamu..yang terukir didalam hatiku.. Namun hanya kenangan silam yang bertandang.. membiarkan aku sendiri dalam persimpangan ini..berduka dan bersedih.. didalam gelora rindu..aku menangis.. didalam sendu..aku berseru.. biarpun aku hanya memeluk bayanganku sendiri.. sekadar memujuk hati yang pilu..Sungguh tak aku mengerti.. mengapa begini..

Segala kepahitan..aku pendamkan..dan aku harungi hidupku sendirian..didalam kesamaran.. aku mencari jawapan pasti..persoalan yang bermain di fikiranku..hanya membuatkan aku semakin parah..didalam kepayahan, aku tetapkan hati yang semakin retak..

Selepas dirimu.. kesedihanku semakin pudar kini.. hari-hari berlalu mengubat hati.. hanya tinggal memori..sepi mengajarku tentang diri ..aku bagai kembara di tanah usang..berjalan aku rebah..namun aku bangkit dengan tabah..walaupun aku terluka.. dalam ceriaku sebenarnya gerhana..namun aku tetap genggam impian..mengatur langkahku.. ku harapkan selepas ini..tiada lagi pertemuan kita..

Aku masih lagi mengingati hidupku sebelummu..dan aku menyintai kenangan hidupku bersamamu..Namun aku membenci hidupku tanpamu..Kerana benciku..aku meneruskan hidupku yang tercinta selepasmu..

embun dihujungnya daun..
menitis lalu berderai..
jatuh ke bumi hilang..
hanya tinggallah kenangan..

No comments: