Monday, August 11, 2008

Penantian hampa

biarkanlah aku sendiri..mencari damai dihati...pergilah kau jauh dariku..biarku cari ubat membalut lukaku sendiri... dalam terluka...
aku merindumu..dalam merindu aku semakin membencimu...dalam membencimu...aku terus menyiksa diriku sendiri...

Kawan2 sering menasihatkan aku..melupakanmu..mulakan hidup baru..tanpamu.. mampukah aku? bila aku sendiri tidak mampu lagi berjalan apatah lagi untuk aku berlari..bila aku tak mampu lagi tersenyum..apatah lagi untuk ketawa...bila ku tak mampu lagi berkata-kata...apatah lagi untuk bersuara..menjerit memanggilmu.. sesungguhnya memang benar aku amat menyintaimu..tiada dua..tiada pengganti..dan kaulah satu-satunya....tetap dihatiku...

biarpun kau membiarkan aku..tanpa alasanmu..tetap aku menanti..untuk apa? sekadar untuk menyakiti diri sendiri?? sebenarnya itulah yang terjadi..semakin sakit hati ini..semakin sendu jiwa ini..kekuatan hatiku membara...untuk mengajarmu di suatu hari..pasti...kau akan datang padaku..kembali dengan segala ceritamu..di saat itu..kau akan tahu..betapa sesungguhnya cintamu hanyalah derita.. dan kau akan merasa apa yang sedang aku rasakan pada waktu ini..bila segalanya tidak lagi sama...bila teratai sudah layu..di tasik madu...

Pergilah kau jauh dariku..bersama dengan kepedihan yang takkan dapat kau buang dari sanubarimu selamanya.. hatiku yang terluka adalah deritamu seumur hayatmu..
Aku yang kau panggil sayang..akhirnya kau lontarkan aku kesepian.. Aku yang kau panggil cinta..akhirnya aku merana sendirian.. Aku yang kau panggil kasih..akhirnya aku meratap sedih..

Hanya masa???mampukah masa membantuku melupakan segalanya..mampukah mengubat luka hati ini..segalanya silapku sendiri..hanya kerana kau panggilku sayang..aku harus melalui segala kesedihan hari ini..dan aku yang bersalah..membiarkan diriku terluka.. kejamkah aku pada diriku sendiri? atau aku sebenarnya insan biasa..sama seperti kawan-kawan yang lain..yang mencintai dan menyayangi..yang memberi ruang pada insan sepertimu..menghampiriku.. mengucapkan kata2 cintamu..terlambatkah aku untuk menyesali?

once bitten twice shy? twice ke? atau thrice? berkali-kali! aku tidak pernah serik?? kali pertama disakiti..kali kedua disakiti..kali ke tiga disakiti? kuatkah aku? hanya untuk disakiti? layakkah aku disakiti lagi? berkali-kali? tangan yang menghulur..menyambut tanganku dari tenggelam..akhirnya melepaskan aku..dan membiarkan aku lemas..inikah suratan takdirku? tangan yang sama.. mengusap air mataku..memujuk lembut hatiku..melupakan segala duka..akhirnya menamparku dengan kejam..inikah jawapan setiap kasih sayang?

sehingga di suatu ketika, aku gagal mengenal apa itu sayang? apa itu kasih? aku gagal mengerti..bisikan hati ku menolak untuk memahami..dan aku tidak lagi peduli..hingga di suatu masa..aku tidak perlukan sesiapa lagi..aku menyendiri dan mandiri dengan diriku sendiri..ada yang menagih kasihku.. tapi apa yang ada padaku? aku sendiri tidak menyimpan kasih untuk diberi...aku sendiri tidak memiliki cinta untuk dikongsi..aku adalah diriku sendiri.. keping-keping hatiku telah retak tidak lagi bersambung seperti semula.. cintaku telah pudar dimamah duka..

jangan salahkan aku lagi sekiranya..tiada apa lagi yang dapat menarikku kembali..katalah apa saja padaku...egois..sombong..bongkak..apa saja..katalah sepuas hati..tiada apa pun yang memberi erti padaku..aku tidak lagi menuntut apa-apapun dari sesiapa..tidak perlu kawan untuk menyambut tanganku..aku tidak akan tenggelam lagi..tidak perlu sesiapa membawaku pulang..aku akan terus melangkah..tidak perlu sesiapa menghulurkan salam..aku hanya tersenyum..dan berlalu..

apa yang telah terjadi..trauma dalam hidupku sepanjang hayat..yang amat kubenci..kebencian yang membara adalah mimpi ngeri setiap insan yang cuba menghampiri..dalam senyumku..ada secuit marahku..dalam gelakku..ada dendam yang tersimpan..dalam sendaku..ada azam yang menghambat..bukan salahku.. sekiranya aku tidak lagi seperti dulu..aku telah banyak disakiti.. bukan salahku..sekiranya aku melukakan..aku telah banyak terluka..dan bukan salahku sekiranya aku tidak lagi memiliki cinta..kerana cinta adalah teman yang membunuhku..aku telah karam sekian lama..kini baru aku melayari..hidupku yang semakin singkat..dengan caraku sendiri..I dont die from a broken heart..i just wish i did..a broken heart never really heals..i like walking in the rain..coz no one knows i'm crying..

No comments: