Thursday, August 27, 2009

Marahlah padaku..

marahlah aku sepuas hatimu...
kerana marahmu itu hanyalah sekadar...
melepaskan sesalmu sendiri..

dan marahlah aku lagi..
selagi kau mampu..
kerana marahmu itu ibarat...
api membakar dirimu sendiri..

bila marahmu masih membara..
jangan kau rapat denganku..
tiada lagi sayang..
tiada lagi kasih..
kerana marahmu hanya sekadar...
untuk menutup kesilapanmu sendiri..

dan aku..
sebenarnya lebih marah padamu..
pergilah kau jauh dariku..
sebelum aku membenci dirimu..

dalam kemarahan ini..
bangkit secuit rasa..
dan aku membenci perasaan ini..
bila aku marah...
selamat tinggal...

kertas comot

Adakah kebahagian atau kesedihan yang menanti..segalanya masih tidak berjawap.. dan tiada diantara kita yang pasti apa kehidupan yang menanti kita, adakah esok untuk kita bersama..

cintaku membuatkan aku merasakan kau adalah miliku..namun kenyataannya kau adalah seorang yang asing..aku tersilap sejak mula..biarpun sebenarnya kitaberkongsi ketawa dan airmata..semuanya sudah terlambat..

setenang sungai yang mengalir..ku terasa betapa gersangnya seluruh alam..
adakah ini yang dipanggil harmoni dalam kesepian..ataukah ini kehidupanku yang telah tersurat..tiada seorangpun yang mengerti..dan memahami..malah tiada seorangpun yang mampu melihat apa yang aku aku alami..

dengarlah bisikan ini..bila aku memilihmu untuk menemani jiwaku yang kosong..bila aku ucapkan kata-kataku..bila aku memikirkan dirimu dalam setiap mimpi-mimpiku..dan bila aku menjemput bayangmu dalam anganku..bila dunia mungkin akan melontarkan segala kata, aku hanya membiarkan segalanya..

kenangan indah dan mimpi yang telah lama tercipta hanya untukmu..cuba untuk aku kuburkan menjadi lagu semalam..meskipun menjadi kesalan yang tidak bermakna lagi..kita beralih arah dalam arus yang tidak mungkin dapat bersatu lagi..yang pastinya kerinduan ini memberi aku harapan untuk bersua disuatu ketika..dan aku hanya menanti..

cinta dan rindu ini masih tersemat kukuh dalam kenangan.. dan akan tetap kekal jauh dilubuk hati ini..

kata terakhirmu.. sekiranya aku bersedih dengan kepergianmu..lupakan kesedihan itu.. dan jangan biarkan airmataku bersulam dalam kepedihan yang dalam..hanya kenangi segala sejarah indah bersamamu..

katamu lagi.. pandanglah kelangit biru.. lihatlah awan..maka aku tiada alasan untukmenangis lagi..kerana hidup kita tidakditakdirkan bersatu..

Kau terlupa..atau mungkin kau sendiri tidak tahu sebenarnya.. dunia sendiriku sudah lama berlalu..duniaku kini hanya akan sempurna bersamamu.. kau terlupa lagi yang kau hadir dalam hidupku mencipta segala kenangan..

hatiku bersedih selepas kepergianmu.. hidupku sepi tanpamu.. alone, my world is a lonely.. never ending nightmare..

Dengarkan, kepedihan ini..cinta sedih ini.. aku sangat berdoa dan berharap semoga aku sebenarnya tidak pernah bertemu denganmu..tidak pernah jatuh cinta padamu..tidak pernah menyimpanmu jauh disudut hatiku..dan tidak pernah mengenalimu selama hidupku..kerana aku gagal memadam segalanya..aku telah gagal.


"i miss u again, just like it's yesterday..my desire to see u just wont disappear..u just keep appearing in my mind..the more i comfort myself..the morei cry..even if i rub away those tears secretly..the memories spreading to other memories..making me cry with pain..i regret that i've only received..will u forget me becausei havent given u anythingi love u..and this is what i learned from u..out all the words and anything in this world..i mutter it to myself as if i were stupid.."

Salahkah aku?

Salahkah aku bertanya sekiranya aku ingin kepastian? Salahkah aku menuntut jawapan yang lebih mesra darimu..sekadar untuk membuang segala syak wasangka? salahkah untuk kau memahami maksudku..salahkah untuk kau lebih peka?

Kau selalu berkata, kau jujur padaku.. tetapi mengapa hatiku sering gundah.. kau berkata kau sayang padaku..tetapi mengapa hatiku sering resah? kau berkata..kau hadir untuk mengubat laraku..tetapi mengapa jiwaku makin terluka..

aku terpaksa menelan semua caramu..fikiranku sendiri akhirnya memarahi hatiku..pada masa yang sama memujuk hatiku..aku menjawap sendiri pada persoalan yang bermain difikiranku..akhirnya cemburu bersarang didada..kau sering mengelak untuk menjawap segala tindakanmu..sekadar untuk melepaskan diri..bagaimana dengan perasaanku??

bagaimanakah dikau sanggup melukakan hatiku bila aku memberi sepenuh cintaku..bagaimanakah dikau yang pernah membuatku bahagia mampu membuatku bersedih..mengapakah kau yang pernah cuba untuk memahami hatiku kini tidak lagi memahami..mengapakah dikau yang pernah berkongsi segala mimpiku akhirnya mempermainkan mimpiku..

bagaimanakah dengan janji-janjimu.. untuk menghapuskan kenangan masa laluku..memberi nafas baru kepadaku..tetapi kau akhirnya yang membawa masa laluku bersamaku.. mengapa dalam hubungan kita..kau tidak mampu lagi bersabar dengan kerenahku? mengapa kau tidak lagi melihat segala maksudku..bila hatiku tidak merasa kau sayang padaku lebih dari apa yang aku berikan padamu.. kau menipu perasaanku dengan kejamnya..mungkin bagimu.. mendera perasaanku walaupun tanpa niatmu..adalah kemegahanmu yang azali setelah kau berjaya menawan hatiku..haruskah aku meneruskan dan menerima sekadarnya cintamu..terus makan hati dengan sikapmu..dalam sayang ada benciku..sayang pada dirimu..benci pada sikapmu..

aku tetap memiliki perasaan sayang.. masih lagi memikirkanmu..menyayangimu adalah yang paling terindah buatku..namun kejutkanlah aku dari mimpi sedih ini..agar aku dapat teruskan hidupku.. aku lupa dimana dan bila…...aku lupa bagaimana semua bermula….hanya yang aku ingat kau mula menarik perhatianku….tahukah dikau….betapa takutnya aku? aku takut untuk menyimpan perasaan ini….aku takut untuk menangis lagi….aku takut untuk menanggung perasaan rindu dan sedih ini..

seawalnya..semuanya indah..membuai perasaanku.. aku merasakan indahnya awan..redup sejuk tempatku berteduh..tempatku untuk menumpang kasih..tempatku untuk mengadu..tempatku untuk meluahkan segala resahku..tempatku untuk menghilangkan gundahku….kau membuatkan aku tertawan dengan segalanya tentang dirimu….

mengapa sekarang kau tidak mampu menjadi awan yang sama? mengapa awan sudah berubah arah? Apakah taufan kini melanda? Atau mungkin hujan yang menimpa? atau sebenarnya awan itu sudah beralih arah? Nyatakanlah kepada ku.. apa sebenarnya yang berlaku….janganlah biarkan aku berteka teki dan membuat andaian ku sendiri…kiranya mungkin masa merubah segalanya..dan tinggallah aku..untuk memulakan segala2nya sekali lagi…. bangkit berdiri..mencari arahku sendiri..mencari awanku yang telah hilang.. walaupun ku nampak awan itu...tapi bukan lagi milikku..

Rindu Semalam - Mengusung Rinduku..

Dalam hati ini..
ada namamu..
nama seorang insan..
yang aku rindu
dalam senyum ini ada tangisan..
tangisan seorang insan terluka..
dalam jiwa ini ada pilunya..
pilu yang membuat aku menangis hiba..

Walaupun aku cuba untuk melupakanmu.. memadam segalanya tentang dirimu..dan aku cuba bertahan seolah tiada apa yang berlaku..namun aku tidak
dapat menipu diriku sendiri.. hatiku sebenarnya telah remuk dimamah duka..aku merindumu dan tetap merinduimu..saban hari dan masa..


kau kini telah jauh dariku..sangat jauh tidak terlangkau oleh pandanganku.. meninggalkan aku dalam rindu yang tidak berkesudahan..

kau pergi meninggalkan aku untuk segalanya.. aku gagal melepaskan kau pergi kerana hatiku.. sangat sukar untukku melepaskanmu..

aku gagal membiarkan kau pergi bersama memorimu..dan aku hanya terbiar sepi bersama dukaku sendiri..
ingin ku jerit kepadamu jangan tinggalkan aku..walau apa jua sebab dan alasanmu..

Aku pasti dengan hati dan cinta ini..sekalipun datang lagi kesempatan lain..aku hanya ingin kau bersamaku..kerana kaulah segalanya dalam hatiku..
hanya dirimu yang yang membuat jiwaku bahagia..dan hanya dirimu yang membuat cintaku tiada dua dan tidak berbelah bagi..untukmu selamanya.. walaupun hakikatnya cintamu hanya airmata bagi diriku..

kerana kau berjanji..aku setia menanti..
kerana kau mengucapkan sayang..aku menderita kerana merinduimu..
kerana kau menghilang..akhirnya..aku terbiar sepi..

diketika ini.. aku masih lagi tertanya-tanya..
kerana apakah aku harus jadi begini..
kerana cinta? atau hanya ilusiku semata..
kerana sayang? atau mainan perasaanku sahaja...

disaat ini.. aku hanya kesedihan..
yang pastinya..aku hanya tinggal sendiri

kalau benar... cinta itu indah...mengapa hatiku resah dan gundah..
kalau benar... cinta itu asyik.. mengapa jiwaku sakit..
kalau benar... kau cinta padaku..mengapa aku sunyi sendirian..
kalau benar...

aku merinduimu lagi..seperti rindu2 semalam..keinginanku untuk melihat dirimu..seakan membakar diri ini..kau kian hadir dalam fikiranku.. semakin aku memujuk diri..semakin aku rasa tersiksa..dan aku menangis dalam kepedihan yang dalam..

kucuba menahan airmata yang kian mengalir..namun memori bersamamu silih
berganti..memori cinta luka memori yang sukar untuk aku kuburkan sungguhpun kepahitan masa lalu kian membunuhku... melontar aku dalam sendu yang tidak bernama..


my mind wants to give up but the feelings got stronger..
u are just my love that passed by and a forgotten bygone love...